Tuesday 28 June 2011

"Teaser" Forum Israk Mikraj Malam Esok

Pengerusi Forum:            Ustaz Abu, ketika Nabi SAW menceritakan perjalanan Israk Mikrajnya kepada kaum Quraisy, kebanyakan daripada mereka tidak mempercayai cerita Nabi SAW ini. Ini kerana, menurut mereka, perjalanan sebegitu (mekah ke Baitul Maqdis, kemudian ke langit, secara “return flight”) menurut mereka adalah tidak logic. Namun anda sebagai seorang engineer, tentu tahu bahawa perjalanan sebegitu, dengan bantuan teknologi terkini, masih ada possibilitynya. Kebetulan, tamadun besar di zaman itu bukanlah bangsa Quraisy, sebaliknya Rom & Parsi. Merekalah yang menguasai tamadun ketika itu. Bahkan ada banyak hal-hal ajaib yang hingga kini manusia tidak dapat jelaskan, misalnya pembinaan Piramid di Mesir, atau Stonage di U.K, dan sebagainya. Menunjukkan kemajuan teknologi orang dahulu tidak sepatutnya diperlekehkan.  

Jadi soalan saya, apakah isu penolakan bangsa Quraisy terhadap cerita Israk Nabi SAW ini disebabkan kemunduran teknologi mereka, di mana kalaulah kisah Israk Mikraj ni diceritakan kepada bangsa Rom atau Pasi dan sebagainya, atau pun kita ada time machine di mana saudara sebagai engineer boleh kembali ke masa itu, saudara tidak akan terus menolak kisah Israk Mikraj ini, lantaran masih ada kemungkinan perjalanan sebegitu ajaib masih boleh berlaku dengan bantuan teknologi terkini. Jadi apa pendapat saudara?

 

 

Lebih lanjut (dan lain-lain soalan “mencabar minda”), hadirlah beramai-ramai ke Ma’had Tahfiz As-Saidiyyah (MTAS), Taman Rashidah Utama, Senawang malam esok (Rabu, 29 Jun 2011) untuk mengikuti Forum Israk Mikraj yang akan menghadirkan wakil-wakil daripada Futuwwah Training & Consultancy....insyaAllah!

 

 

Monday 27 June 2011

Marhaban Ya Bintu Amir Farid

Kami di Futuwwah Training & Consultancy mengucapkan sebanyak-banyak syukur dan tahniah kepada sahabat kami, saudara Amir Farid Bin Sabuddin di atas kelahiran anak perempuannya baru-baru ini.

 

Saudara Amir Farid merupakan seorang Arkitek yang sangat aktif dengan kerja-kerja dakwah, terutamanya isu-isu Palestin. Beliau telah beberapa kali membantu Futuwwah di dalam program-program sekolah yang kami anjurkan, yang mutakhir adalah program di MRSM Kuala Kelawang.

 

Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menjadi pewaris legacy dakwah yang telah saudara Amir Farid mulakan, juga menjadi booster yang memperkuatkan lagi usahanya melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar di bumi Allah ini. Kami di Futuwwah tumpang gembira dengan berita baik ini.

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Pengarah Urusan

 

Tuesday 21 June 2011

[Q&A]: Perkara yang tetap & anjal di dalam Islam

Soalan

 

Salam

Akhi, Islam kan kombinasi antara aspek ketegaran dan keanjalan. Contohnya, tegar pada tujuan dan matlamat, anjal pada bentuknya. Tegar pada dasar, anjal pada perkara furu’. Tegar pada nilai agama dan akhlak, anjal pada urusan dunia dan ilmu pengetahuan. Boleh enta tolong jelaskan?

 

-via sms, 15 Jun 2011

 

Jawapan

 

Wa’alaikumus salam warahmatuLLAH

 

Pertamanya, saya minta maaf kepada sang penanya kerana terlewat untuk memberikan jawapan yang lebih detail, sekadar mampu mengesyorkan sang penanya untuk membaca buku Jum’ah Amin Abdul Aziz “Tsawabit wa Mutaghayyirat” sahaja tatkala membalas smsnya.

 

Keduanya, suatu hal yang rasanya kita semua harus faham adalah sesi soal-jawab via sms adalah kurang ideal, kerana sms sangat limited, maka untuk memberikan jawapan yang baik tentunya sulit. Oleh yang demikian, saya akan selalu cuba untuk memberikan jawapan yang lebih baik lewat email, blog dan sebagainya.

 

Di dalam al-Quran al-Karim, Allah SWT menggambarkan Islam seperti berikut:-

 

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”

(Surah Ibrahim [14]:24-25)

 

Mungkin, contoh pohon yang akarnya tegap, mantap, stabil, sedang badannya flexible mampu mengikut tiupan angin, ialah pohon kelapa. Hingga wajar, pohon kelapa sering kali menghiasi gambaran “paradise” ciptaan manusia. Pantai yang indah, tiupan angin sepoi-sepoi, putihnya pasir dan birunya laut. Dengan pohon kelapa mengindahkan lagi pemandangan tersebut.

 

Akar yang teguh perlu untuk menjaga survival sang pohon. Maka dalam konteks ini, aqidahlah akar itu. Aqidah yang disampaikan oleh para Nabi-Nabi sepanjang zaman, adalah aqidah yang sama. Iaitu persoalan tauhid. Persoalan keesaan Allah. Persoalan kepentingan mengikut sunnah Nabi yang diutus untuk umat dan zaman itu, seperti yang dinukilkan oleh Quran:-

 

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku"

(Surah Al-Anbiya’ [21]:25)

 

Sedang hal-hal lain, termasuk isu feqah, isu politik, isu semasa dan sebagainya, berobah-robah sesuai dengan perkembangan zaman. Sifat anjal inilah yang menjamin kerelevanan Islam hingga akhir zaman. Firman Allah:-

 

“..Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan syariat (aturan) dan minhaj (jalan yang terang)...”

(Surah Al-Ma’idah [5]:48)

 

Jika Islam tidak ada sifat anjal ini, ia tidak akan “menikmati” tiupan angin, yang menjadikan angin kemudiannya “merajuk” dengan dirinya. Dengan berkembangnya zaman, berkembangnya sains dan teknologi, Islam tidak akan menjadi relevan, bahkan akan menjadi musuh Sains seperti yang terjadi dengan Gereja, andainya Islam tidak punya sifat anjal ini. Maka di dalam ilmu Syariah, kita pelajari ilmu Maqasid Syariah (tujuan adanya hokum-hukum syarak), kerana Islam hadir untuk memberikan kesejahteraan buat manusia, bukan menyusahkannya.

 

Firman Allah:

 

“Too Haa. Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah;”

(Surah TooHaa [20]:1-2)

 

Malangnya, Islam kelihatan hodoh kerana kita strict pada hal yang sifatnya anjal, misalnya isu-isu semasa, pendekatan, program dan sebagainya, sebaliknya longgar pada hal yang sepatutnya kita tetap lagi strict, seperti ibadah yang mengikut sunnah. Mungkin guide yang harus kita ambil dalam memahami relevannya tsawabit dan mutaghayyirat di dalam Islam ini adalah dengan berpegang kepada 2 kaedah fiqh berikut:-

 

“Dalam aspek muamalah harian, semua perkara hukumnya harus kecuali ada dalil yang mengharamkan.”

 

“Dalam aspek ibadah khusus, semua perkara adalah haram kecuali ada dalil yang mengharus/ menghalalkannya.”

 

Moga jawapan ringkas ini memadai buat kita semua.

 

Walla hu’alam.

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah

 

 

 

Thursday 16 June 2011

The Outsiders

Jumaat lepas, dalam kunjungan saya ke kedai buku UKM, saya sempat "tergoda" untuk membeli sebuah buku berkaitan kaum Maya dan tokohnya, Nostradamus.

 

Huh, mungkin bagi sesetengah orang, minat saya secara tiba-tiba kepada "sejarah" adalah suatu perkara tidak berfaedah. Untuk apa belajar tentang sejarah orang? Bukankah lebih baik belajar tentang sejarah Islam? Manusia, terkadang ia memilih hidup di dalam "sangkar" pemikiran. "Sangkar" pemikiran inilah satu kejayaan ghazwul fikri (psychological war mush-musuh Islam) agar umat Islam menjadi jumud dan tidak terbuka pemikirannya. Di saat para ahli bijak pandai serta para pemikir mempromosikan thinking outside the box, sebahagian Muslim pula boxnya berada di tengah-tengah "kandang" pemikirannya, hingga biar pun ia turut mempromosikan berfikir di luar kotak, ia justeru masih di dalam "kandang", walaupun seudah keluar daripada kotak.

 

Apakah tidak pernah sampai kepada kamu betapa banyak ingatan-ingatan Tuhan, semisalnya ayat-ayat ini?

 

 

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

(Surah Ar-Rum [30]:9)

 

 

۞ أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَاقٍ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.

(Surah Ghafir [40:21)

 

 

Apakah yang ingin diperhatikan itu hanya "akibat" yang menimpa kaum-kaum terdahulu (yakni mereka yang mendustakan Allah), atau termasuk juga  "karakteristik" kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu?

 

Setakat yang sudah saya baca di dalam buku ini, saya tidak merasakan tragedi 2012 Nostradamus sebagai tilikan dan tenunan, tetapi saya melihatnya sebagai kajian astrologi yang sangat mengkagumkan. Ianya bagaikan periodic maintenance atau servis berkala yang kita lakukan pada kereta kita, walaupun dunia kejuruteraan kebanyakannya telah pun beralih kepada predictive maintenance. Kemungkinan 2012 sebenarnya sudah "terawal", dek kerana pengaruh teknologi dan peradaban telah mempercepatkan lagi wear and tear kekuatan bumi kita. Maksud saya begini, tatkala manufacturer kereta anda menetapkan anda harus menukar minyak hitam enjin setiap 10,000km, yang jika tidak enjin anda akan rosak lalu perlu dioverhaul, apakah itu bererti anda telah percaya pada hal yang khurafat, lalu tergelincirlah akidah anda? Nah, sebegitulah juga dengan isu 2012. Konon kaum Maya bukannya menyatakan 2012 sebagai Kiamat dunia, tetapi lebih melihatnya dari segi astrologi betapa bumi akan ditimpa bencana alam sesuai dengan kitaran masa yang terbukti sebelum  ini.

 

Seperti juga kereta di mana biar pun sepatutnya setiap 2 tahun manufacturer merekomenkan kepada anda untuk menukar tayar, terkadang cukup setahun pun, tayar anda sudah botak dan perlu diganti. Maka sebegitulah juga dengan "maintenance" kepada bumi, wear & tear nya sudah mula berlaku. Maka apa yang perlu kita buat adalah mengambil langkah-langkah pencegahan dan perbaikan untuk mengurangkan kesan bencana, seperti kempen "bumi hijau" yang sedang giat dipromosikan hari ini.

 

Kalau pada binatang sahaja Quran menyatakan ada pelajaran buat kita, apatah lagi pada fikrah-fikrah lain yang bertentangan dengan fikrah (cara berfikir) yang telah diajar dan diterapkan kepadakita? Kita sudah ada ISK (Ini Sejarah Kita), mungkin kini kita bisa melakukan penelitian kepada ISM (Ini Sejarah Mereka (Barat)) pula misalnya.

 

Wajar, wahyu Ilahi dimulakan dengan ingatan untuk "mambaca", kerana dengan banyak membaca inilah, fikiran kita diasah, wawasan kita semakin meluas, dan analisis kita semakin tajam. Hatta bekas PM Tun Dr. Mahathir menyatakan di dalam memoarnya "A Doctor in the House" betapa sepanjang hidupnya, hanya ada 1 buku sahaja yang tidak sempat dikhatamkannya, iaitu buku "The Wandering Jew", tidak malukah kita tatkala track record membaca kita terlalu sedih untuk digembar-gemburkan?

 

Kalau mengkaji pemikiran musuh tidak penting menurut kita, untuk apa Quran justeru menyeru mengadakan perjalanan di muka bumi dan melihat tinggalan-tinggalan kehebatan mereka? Untuk apa Quran bercerita tentang Hizbus Syaitan setelah berbicara tentang tauhid dalam surah sependek surah An-Nas [114]? Tentu ada yang kita bisa belajar daripada mereka, dan tentu kematangan berfikir ini, akan membolehkan kita keluar daripada "kesempitan berfikir" kepada keluasan samudera ilmu kurniaan Allah SWT.

 

 

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

(Surah Al-Kahfi [18]:109)

 

[copy&paste]: Belenggu Dosa

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Al-Hasan AL-Bashri mengkategorikan orang yang tidak qiamullail sebagai orang miskin, sebab ia gagal mendapatkan banyak sekali kebaikan. Malam hari saat terindah bermunajat (berdoa) kepada Allah Ta'ala, bukti kemenangan seseorang atas jiwanya, dan pesta kemenangan diri atas daya tarik 'tanah'. Al-Hasan AL-Bashri berkata, "Jika anda tidak dapat qiamullail dan berpuasa di siang hari, ketahuilah anda orang miskin, terbelenggu oleh dosa dan kesalahan.

Al-Hasan AL-Bashri menganggap dosa dan kesalahan sebagai belenggu yang membuat seseorang gagal mengerjakan kebaikan. Harus ada taubat nasuha dan istighfar serius, agar hati tergerak mengerjakan qiamullail. Seseorang datang kepada Al-Hasan AL-Bashri,lalu bertanya kepadanya, "Hai Abu Said, qiamullail membuatku kelelahan dan aku tidak sanggup lagi mengerjakannya." Al-Hasan AL-Bashri berkata kepada orang itu, "Saudaraku beristighfarlah kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya, kerana sikap mu seperti itu petanda jelek (buruk).

Al-Hasan AL-Bashri berkata, "Jika seseorang mengerjakan dosa, ia tidak dapat mengerjakan qiamullail, gara-gara dosanya itu".

Siapa yang ingin namanya terukir di jajaran "biarawan-biarawan malam", maka tidak ada jalan lain baginya, kecuali menjauhkan diri dari dosa-dosa dan menang atas jiwanya...


-Dari buku "Taujih Ruhiyah", penulis Abdul Hamid Al-Bilali

 

Sunday 12 June 2011

Akhlak Seorang Muslim

Sejak kecil lagi, bila diceritakan sirah Rasulullah, kita selalu dihidangkan dengan pelbagai cerita yang cukup menarik dan boleh dijadikan pengajaran. Kisah seperti Rasulullah menziarahi seorang kafir yang sakit, yang sering mencampakkan najis kepada Baginda, yang akhirnya orang kafir tersebut mendapat hidayah Islam. Juga kisah apabila Rasulullah melarang para sahabat daripada menyerang seorang Arab Badwi yang kencing di dalam masjid. Apabila kita dihidangkan kisah ini, sebenarnya, ini menggambarkan akhlak baginda yang cukup terpuji. Pasti ada ibrah di atas setiap tindakan Rasulullah itu apabila kita berbicara dari sudut dakwah.

Dalam Islam, kita tidak akan terlepas membicara soal hukum, dan terlalu banyak jika kita membicarakan. Tetapi bagi seorang dai'e atau pendakwah, bukannya kita bertindak atas dasar hukum semata-mata tetapi juga atas dasar dakwah. Maka, jika bertindak atas dasar dakwah, kita akan melihat dari segi banyak aspek contoh kondisi seseorang, kefahaman seseorang dan juga untuk menarik minat seseorang kepada Islam. Berbalik kepada kisah Nabi, "kencing di dalam masjid, pastinya adalah perbuatan yang dilarang ataupun haram", tetapi Nabi tidak bertindak menghukum kerana melihat dari sudut kefahaman Arab Badwi tersebut dan peluang untuk Baginda berdakwah. Itulah contoh yang ditunjukkan oleh seorang Nabi yang maksum.

Kadang-kadang diri ini rasa pelik, dengan orang yang cepat menghukum di atas sedikit pengetahuan yang ada padanya. Lantas dengan mudah menghukum orang dengan mengatakan bid'ah, tidak sunnah dan sebagainya. Bukannya hendak berdiskusi atau menegur dengan cara yang baik tetapi akhlak yang cukup rendah. Lebih malang lagi jika ianya dibalas pula dengan gelaran seperti Wahabi, sesat dan sebagainya. Adakah ini akhlak seorang muslim? Adakah ini cara dakwah para rasul? Adakah tindakan ini berdasarkan hawa nafsu, seolah hanya diri mereka saja yang baik dan diri mereka saja yang layak masuk syurga? Adakah menghukum dan menggelarkan seseorang itu dengan sebegitu rupa merupakan sunnah?

Hasan al Banna, ketika zaman remaja, pernah menubuhkan sebuah kelab iaitu Asosiasi Anti Haram (Kelab Anti Haram / Kelab Anti Bid'ah) bersama sahabat-sahabat beliau. Cara mereka bertindak adalah mengedarkan teguran secara bertulis kepada si pesalah tanpa si pesalah tersebut mengetahui siapa yang menegurnya. Di antara yang ditegur adalah ustaz kepada Hasan al Banna itu sendiri. Cara yang unik untuk menegur kesalahan seseorang dengan tujuan berdakwah dan memperbaiki amalan. Itulah dakwah!

Apa gunanya seseorang pendakwah itu berilmu tetapi sibuk hendak berdebat untuk membuktikan siapa yang lebih betul, lebih hebat dan lebih sunnah. Bukankah dakwah itu menyeru orang kepada Allah. Dalam menyeru kepada Allah, terdapat proses menegur, memperbaiki, berdiskusi dengan cara yang baik dan harmoni, rendah diri, tawadhuk, berlapang dada dan cuba untuk menghormati pendapat orang lain. Bukannya menggalakkan permusuhan dan menjadi seseorang itu takbur di atas ilmunya. Itulah pentingnya akhlak dalam berukhwah dan berdakwah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara haruslah diselesaikan dengan perbincangan yang baik, harmoni dan bertoleransi, bukannya dengan paksaan dan kekerasan mahupun memberi gelaran yang tidak sepatutnya. Wallahua'lam.


ABU HANIFAH BIN MOHD KAMAL
Pengurus Besar
Futuwwah Training & Consultancy

Friday 10 June 2011

A Peace of Home

It's been a long time since i wrote the last article.This time i'm gonna put some new stuff. But it's not an article. It's a short film titled "A Peace of Home". At first, I wanted to put some narrative/storyline to the film, but after think of it, i  left it "open" so that everyone can interpret it as they like. Thanks! -MSMA




Sunday 5 June 2011

STANDARD

Ilahi, setiap kali

bila kurenungkan kemurahanMu

yang begitu sederhana mendalam

aku pun tergugu

dan membulatkan sembahku padaMu [1]

 

PadaMu

Kutitipkan secuil asa

Kau berikan selaksa bahagia

PadaMu

Kuharapkan setitis embun cinta

Kau limpahkan samudera cinta [2]

 

 

Barangkali, antara punca kereta keluaran Negara kita lemah dari segi kualitinya, adalah kerana rendahnya standard piawai yang diguna pakainya. Sedangkan produk-produk berjenama lagi mahal harganya, mampu mengekalkan kualitinya dengan menetapkan standard yang tinggi, agar semua pelanggan atau pembeli berpuas hati dengan produknya.

 

Kerana itulah, banyak kebaikannya tatkala kursus Perubatan di IPT tempatan menggunakan standard yang tinggi untuk memasukinya; kerana dengan standard yang tinggi ini, pelajar-pelajar yang mengikuti kursus tersebut dapat dipastikan merupakan pelajar-pelajar yang benar-benar layak, benar-benar rajin, dan benar-benar sanggup untuk mengharungi cabaran getir demi menjadi seorang doktor. Lantas peratus kegagalan seterusnya kekurangan doktor perubatan di Negara kita, dapat dikurangkan, lalu berbahagialah rakyat dan umat kita dengan kecukupan bilangan pegawai perubatan ini hendaknya.

 

Umar al-Khatttab R.A., mempunyai standardnya tersendiri dalam menilai manusia.Tatkala duduk di jabatan Khalifah, orang ramai tersusun menunggu giliran untuk menemuinya. Termasuk di kalangan mereka adalah tokoh-tokoh dan  pembesar-pembesar seperti Abu Sufyan, mantan petinggi Quraisy, Al-Absyamiy dari Bani Abdu Syams yang termasuk keluarga Arab yang paling tinggi nasabnya, Suhail Bin Amr, tokoh bicara bangsa Arab, dan sebagainya. Namun, yang dipersilakan masuk terlebih dahulu adalah insan-insan yang dilihat “rendah” tarafnya sosialnya, seperti Bilal Bin Rabah, bekas hamba abdi, kemudian Suhaib Ar-Rumiy dan Salman Al-Farisi, warga “non-bumiputra” tanah Arab, diikuti Ibnu Mas’ud, mantan pengembala ternak.

 

Melihatkan susunan yang “tiada protokol” ini, Abu Sufyan menjadi berang. Bagaimana bisa Umar Al-Khattab boleh membiarkan bekas pembesar agung Mekah ini “mencemar duli” menanti terlalu lama, sedang mereka-mereka yang “berpangkat rendah” diberikan keutamaan menemui Sang Khalifah terlebih dahulu? Namun, Suhail Bin Amr, teman seangkatannya yang sangat bijak pantas berkata; “Wahai Abu Sufyan, demi Allah! Aku tidak peduli dengan pintu Umar dan izinnya. Akan tetapi, yang aku khuatiri adalah pabila kita dipanggil di Hari Kiamat nanti, maka mereka (sahabat-sahabat seperti Bilal etc. yang terlebih dahulu dijemput masuk ke pintu Umar tadinya) akan masuk Syurga, sedang kita ditinggalkan, lantaran sesungguhnya mereka dan kita ketika diseru, ternyata merekalah yang menyambutnya, sedang kita terlambat. Mereka telah mengenal, sedang kita mengingkari. Oleh kerana itu pantaslah bila mereka didahulukan, sedang kita dikemudiankan.”[3]

 

Saudaraku,

                Islam tidak pernah meletakkan standard berdasarkan keturunan, atau seniority, hingga yang VIP dan kaum kerabatnya mendapat keistimewaan dalam layanan, atau yang telah lama mempunyai kad keahlian NGO gerakan islam tapi kini lembap, harus diletakkan pada maqam atau level yang tinggi, seakan maksum, sehingga sebarang kritikan atau terguran padanya seakan “serangan kepada kepimpinan” yang tidak bisa dimaafkan. Tidakkah mereka pernah mendengar betapa standard yang diguna pakai oleh Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia tidaklah sebegitu, hingga bisa saja teladan agung kita ini menerima pandangan dan pendapat daripada pengikutnya? Hingga, di saat Abu Bakar memegang tampuk kekhilafahan yang pertama, antara pesan-pesan awalnya ialah; “Jika aku berbuat baik maka dukunglah aku, jika sebaliknya maka luruskanlah aku..” [4] Standard ini diteruskan juga oleh penggantinya Umar Al-Khattab; nasihati aku juga terhadap urusan kalian yang telah Allah limpahkan padaku,[5] kata Umar saat memulakan hari-hari awalnya sebagai Khalifah.

 

Sungguh, para kerendahan kati itu terkandungan kualiti yang tinggi. Kenapa? Renungkanlah kata-kata penuh hikmah Tuan Guru Nik Aziz ini; "Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Tuhan. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT. Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT...." [6]

 

Ya Allah, berikanlah kami manfaat, daripada pergaulan dengan orang-orang yang dekat dan dicintai oleh diriMu…

 

 

RUJUKAN

 

[1]          Adaptasi (dengan sedikit perubahan) dari puisi berjudul Saat-saat Sedar oleh Emile Verhaeren. Rujuk novel “Ayat-ayat Cinta”, ms. 439

[2]          Ibid. ms. 477

[3]          Kisah ini turut diceritakan di dalam buku Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, “Hidupkan Hatimu”, terbitan Irsyad Baitus Salam

[4]          Syaikh Mahmud Al Mishri, “Sahabat-sahabat Rasulullah (Jilid 1)”, terbitan Pustaka Ibnu Katsir, ms. 164

[5]          Ahmad Abdul ‘Aal ath-Thahthawi, “The Great Leaders: Kisah Khulafaur Rasyidin”, terbitan Gema Insani, ms. 191

[6]          Sidang Media selepas Konvensyen Armalah Kelantan 2010 pada 8 Julai 2010 bertempat di Putik, Pengkalan Chepa. Rujuk blog http://reformisjalanan.blogspot.com/2011/05/siapa-yang-rapat-dengan-tuhan.html

 

 

Thursday 2 June 2011

[serial pernikahan]: Wanita terbaik

Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10

Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

…Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1″ tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0″.

***

 

 

Sumber:  http://achikurosaless.blog.friendster.com/

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Wednesday 1 June 2011

Kenapa orang Islam sembah Ka'bah?

Sumber: al-fikrah.net

 

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"



"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"



"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"



"Allah ada dalam tu?"



"Tak.."



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"



"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."



"Kamu sembah apa?"



"Saya sembah Allah swt"



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"



"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."



"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."



"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"



"Pernah.. selalu.."



"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"



"Tengok perlawanan bola la.."



"Di mana?"



"Dalam tv la.."



"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."