Wednesday 27 July 2011

SORAKAN

Pasukan bola sepak Malaysia akan bertemu Singapura kurang lebih 24 jam daripada sekarang, di dalam sebuah perlawanan yang dianggap “hidup dan mati” pasukan Negara kita. Para penyokong diseru agar datang beramai-ramai ke Stadium Nasional malam esok untuk memberikan sokongan paling padu kepada skuad Harimau Malaya, demi menebus kekalahan 5-3 kepada jiran tetangga kita Sabtu lalu. Konon, dengan sokongan dan sorokan para penonton, skuad kebangsaan bakal beroleh inspirasi untuk mengatasi defisit 2 gol yang dihasilkan Negara bekas “warga” kita itu.

 

Ketika di bangku sekolah, para pelajar junior sekolah saya (termasuk saat saya juga bergelar junior) sentiasa diwajibkan untuk turun padang dan “bikin bising” setiap kali ada perlawanan melibatkan pasukan daripada sekolah saya. Sorakan atau cheer dalam pelbagai lagu dan irama, menjadi lebih wajib daripada meyaksikan perlawanan itu sendiri. Kami akan dimarahi jika sorakan kami tidak cukup kuat, bahkan terkadang dipersalahkan tatkala pasukan kami tewas, seakan-akan kekalahan di padang permainan, justeru disebabkan kurangnya sorakan yang diberikan oleh penonton di tepian padang.

 

Ertinya, bagi kebanyakan orang, sorakan yang kuat bisa memperkuatkan semangat pemain-pemain di atas padang, member inspirasi kepada mereka, dan meniupkan semangat juang yang tidak kunjung malap. Sorakan itulah, oleh kebanyakan orang –termasuk oleh mantan kapten Manchester United Roy Keane- yang bisa mempengaruhi corak permainan sesebuah pasukan. Maka wajar, para peminat bola sepak tempatan diseur untuk turun beramai-ramai demi menggamatkan stadium dengan sorakan, agar Harimau Malaya boleh kembali “mengaum” dan membuktikan kehebatan mereka yang sebenar.

 

Maka, begitulah juga kita dalam mendekatkan diri kepada Allah. Terkadang semangat juang kita akan berkurangan. Hingga wajar, Ahmad bin Abi Al-Hawari Ad-Damsyiqi, salah seorang tokoh di kalangan generasi tabi’in mengingatkan; “jika engkau merasakan kekesatan di dalam hatimu, maka duduklah dengan orang-orang yang berzikir dan orang-orang zuhud.” Berkunjunglah ke rumah mereka, seperti yang dilakukan oleh Maimun bin Mahran, yang mengunjungi tok guru besar para tabi’in, Hasan Al-Basri. Seraya mengetuk pintu rumahnya, Mainmun berteriak; “Wahai Abu Said (panggilan Hasan Al-Basri)! Aku mulai merasakan kekasaran dalam hatiku. Bantulah aku untuk melembutkannya.”

 

Sabda Nabi SAW;

 

“Seseorang mengikuti agama teman akrabnya. Kerana itu, hendaklah seorang daripada kalian menimbang-nimbang/ memerhatikan dengan siapa ia berteman”

(Sahih Jami’us Shogir, hadith no. 3539)

 

Dan lagi, sahabat Nabi yang mulia, Saydina Ali Abi Talib R.A meningatkan;

 

“Anda jangan bersahabat dengan orang jahat, sebab ia akan mempercantikkan perbuatan jahatnya kepada anda, dan menginginkan anda seperti dia”

(Faidhu Al-Qadir, jilid V, hal. 507)

 

Kerana itu, izinkanlah “sorokan” orang-orang yang “obsess” kepada Akhirat, mendorongmu untuk memilih kemuliaan yang sebenarnya, lalu mampu kuat untuk menolak tipu daya kelazatan dunia yang melalaikan. Terima kasih Khattab (yakni Samir bin Shalih bin Abdullah As-Suwailim), mujahid unggul jihad Afghanistan dan Tajikistan dan juga Chehnya, di atas “sorakan” padunya kepada kita semua; “ketika aku melihat sekelompok pasukan Chehnya yang berikat kepala “LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”, dan berteriak “ALLAHU AKBAR”, aku jadi mengetahui kalau di Chehnya ada jihad. Dan aku memutuskan wajib bagiku untuk pergi ke tempat mereka.” Dan lagi “sorakan”nya; “jangan mimpi untuk hidup senang, lezat, dan damai-damai saja. Kerana dunia kafir akan mengejar di belakangmu. Pilihlah untuk dirimu kehidupan izzah (harga diri) dan kemuliaan, sebelum engkau dijeblos ke penjara kafir.”

 

 

-penulis, Ir. Faridul Farhan Abd Wahab berharap dalam berkumpul lagi dengan “penyokong” yang sama-sama dapat “bersorak” alunan-alunan zikir, amal-amal perjuangan, dan suara-suara pengorbanan-

 

 

 

 

Monday 25 July 2011

Video Editing Software

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Entry kali ini akan sedikit berbeza dengan entry-entry yang sebelumnya. Tetapi saya rasa tidak salah dan barangkali ia memberi manfaat buat anda di luar sana, jika tidak banyak, sedikit. Saya akan review beberapa video editing software yang boleh digunakan untuk menghasilkan montaj, video, film, intro dll yang menarik

Review saya ini bukanlah dari sudut pandang seorang expert. Ia hanyalah merupakan pengalaman/pandangan saya sendiri menggunakan software tersebut. Mungkin ada kesilapan dan perkara yang tidak jelas pada anda. Justeru, saya sarankan anda membuat sedikit bacaan untuk mendapatkan info lebih mendalam tentang software yang saya gunakan.

Windows Movie Maker (WMM)
Bagi mereka yang baru di peringkat beginner, saya sarankan anda mencuba dahulu perisian ini. Ianya cukup simple dan mudah. Tidak bayak buttons yang perlu di click. Jika anda biasa menggunakan Microsoft Powerpoint (PPT), saya rasa tiada masalah untuk anda memahami dan menggunakan WMM ini. Hanya perlu drag gambar atau video ke timeline. Walaupun ianya berbeza dengan PPT, beberapa aplikasi yang ada antara kedua-duanya sama. Contohnya seperti slide transition. Cumanya, perbezaan dasar di antara keduanya ialah PPT lebih kepada untuk slide/gambar presentation sedangkan bagi WMM ia lebih kepada video dan gambar.

 Sila Klik disini untuk download Windows Movie Maker 2.6 percuma

Bagi mereka yang menggunakan OS (Operation System) Windows XP (Masih ada lagi ke yg guna?), hanya WMM 1.1, 2.0, 2.1, dan 2.5 sahaja yang boleh beroperasi ataupun compatible. Bagi mereka yang menggunkaan Windows Vista, boleh menggunakan WMM 2.6 dan 6.0. Versi yang selain itu, setahu saya tidak compatible dengan Vista. Manakala bagi mereka yang menggunakan Windows 7, hanya WMM 2.6 sahaja yang compatible dengannya. Walaubagaimanapun, tahun 2011, Windows telah meng-upgrade kan WMM kepada Windows Live Movie Maker (WLMM). Versi ini lebih menarik, kemas dan terdapat pertambahan aplikasi. Proses editing juga lebih flexible. Versi baru ini compatible dengan Vista & Windows 7.  

Sila Klik disini untuk download Windows Live Movie Maker percuma


Antara kelebihan WMM adalah ianya mudah dan senang digunakan. Kelemahan software ini ialah ia hanya support video/audio dari jenis WMV/.ASF, .MPG (MPEG-1), .AVI (DV-AVI), .WMA, .WAV, dan  .MP3 sahaja. Selain itu, aplikasi yang ada adalah terhad. Tidak banyak aplikasi menarik dan advance yang boleh digunkan untuk menghasilkan video yang lebih canggih. Ia juga tidak flexible kerana ianya merupakan linear (sehala) software.

Camtasia Studio
Setelah menggunakan software ini beberapa kali, saya kelompokkan Camtasia Studio untuk peringkat pengguna pertengahan, middle class user. Software ini lebih advance daripada Windows Movie Maker. Lebih banyak aplikasi menarik. Camtasia lebih kepada slide presentation tetapi dalam masa yang sama juga bagus untuk video editing. Versi terbaru yang dikeluarkan adalah Camtasia Studio 7.1 dan ianya compatible dengan Windows.

Walaubagaimanapun, perisian ini berbayar. Ianya tidak seperti WMM yang freeware ataupun percuma. Tetapi anda boleh cuba menggunakan versi free trial  selama sebulan. Untuk download klick di sini: http://www.techsmith.com/camtasia/


Ulead Video Studio
Ulead merupakan antara video editing software yang bagus. Lebih banyak aplikasi menarik berbanding Camtasia. Walaubagaimanapun, hasil carian saya di internet baru-baru ini, Ulead telah me-rebranding namanya kepada Corel VideoStudio. Jadi tiada lagi versi baru Ulead Video Studio yang dikeluarkan. Versi terakhirnya ialah Ulead Video Studio 11. Pun begitu, setelah melakukan sedikit penelitian, saya dapati Corel VideoStudio juga menawarkan video editng softwaer jauh lebih upgrade daripada Ulead versi lama. Saya tidak dapat memberikan ulasan lebih tentang Corel Video Studio kerana saya masih belum menggunakannya lagi. Saya hanya pernah menggunakan Ulead versi lama. Selain menawarkan video editing softwaer, Corel juga manawarkan produk lain seperti photo editing, illustration & design, office & utilities. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Corel VideoStudio sila klik di sini: 
http://www.corel.com/servlet/Satellite/us/en/Product/1175714228541#tabview=tab0.


Sony Vegas Pro
Seperti yang kita sedia maklum, Sony bukan sahaja terkenal dengan hardware yang hebat malah tidak ketinggalan juga produk software nya. Salah  satunya ialah Sony Vegas Pro. Sony vegas pro merupakan perisian yang advance dan remarkable!. Ini merupakan antara video editing software  yang terhebat, jika boleh saya katakan. Ianya sesuai untuk pengguna yang separa mahir dan professional. Perisian ini compatible dengan windows. Disebabkan saiznya yang agak berat, ia lebih sesuai kepada PC. Jika ingin menggunkannya pada Laptop, maka ianya memerlukan spec yang tinggi.

Vegas Pro 10 system requirements

  • Microsoft® Windows® XP 32-bit SP3, Windows Vista® 32-bit or 64-bit SP2, or Windows 7 32-bit or 64-bit
  • 2 GHz processor (multicore or multiprocessor CPU recommended for HD or stereoscopic 3D)
  • 400 MB hard-disk space for program installation
  • 1 GB RAM (2 GB recommended)
  • OHCI-compatible i.LINK® connector/IEEE-1394DV card (for DV and HDV capture and print-to-tape)
  • USB 2.0 connection (for importing from AVCHD, XDCAM EX, NXCAM, or DVD camcorders)
  • Windows-compatible sound card
  • DVD-ROM drive (for installation from a DVD only)
  • Supported CD-recordable drive (for CD burning only)
  • Supported DVD-R/-RW/+R/+RW (for DVD burning only)
  • Supported BD-R/-RE drive (for Blu-ray Disc™ burning only)
  • Microsoft .NET Framework 3.0 (included on application disc)
  • Apple® QuickTime® 7.1.6 or later
  • Internet Connection (for Gracenote MusicID Service)

Sony Vegas Pro direka untuk meng-edit video mencapai  tahap quality film. Pelbagai aplikasi dan special effect yang boleh dilakukan menggunakan software ini. Versi terbarunya adalah Sony Vegas Pro 10.0d. Kelebihan perisian ini ialah ia flexible dan non-linear. Anda boleh meng- edit, cut, insert pada mana-mana bahagian clip yang anda mahukan dengan mudah. Lihat beberapa contoh video di bawah untuk mengetahui aplikasi yang boleh dilakukan menggunakan software ini:
 Untuk menghasilkan intro yang canggih

Untuk menghasilkan video yang ber-Standard quality film Hollowood (He he he)

 Untuk hasilkan Special effect macam nie (Wow!)
Note: Sony Vegas bukan software yang effective untuk hasilkan special effect. Ianya lebih sesuai untuk video & audio editing. Hanya simple  effect seperti diatas dan beberapa lagi yang boleh di lakukan. Software yang lebih advance untuk hasilkan special effect ialah Adobe Special Effect (Rujuk dibawah)

Macam-macam lagi seperti dalam video di atas

Image Stabilization

Dan banyak lagi aplikasi menarik dan advance yang boleh dilakukan menggunakan sony vegas pro. Walaubagaimanapun, perisian ini berbayar. Seperti biasa anda boleh menggunakan free trial selama 30 hari dengan mendownload nya di sini: http://www.sonycreativesoftware.com/vegassoftware. Saya menggunakan versi Pro 10.0a. (Sebenarnya ada cara lain untuk mendapatkan software in secara percuma dan tiada limit masa penggunaan. Tetapi, saya tidak galakkan anda. Jika tujuan anda untuk belajar dan bukan untuk commercial, silakan. Jika anda berkemampuan untuk membelinya lagi bagus)

Adobe Premiere Pro
Adobe Premiere Pro lebih kurang sama seperti Sony Vegas Pro. Ianya juga untuk perigkat pertengahan & professional users. Versi yang saya gunakan CS4 v4.2.1. Software ini juga non-liner. Dengan kata lain, ianya flexible untuk proses editing gambar, video & audio. Kelebihan Adobe Premiere Pro ialah ia boleh diintergrasikan dengan produk-produk keluaran Adobe yang lain seperti Adobe Photoshop. Produk Adobe memang ada kualiti dan standard yang tersendiri berbanding dengan produk keluaran lain. Versi terbaru adalah CS5.5. Ringkasnya, kebanykan aplikasi yang ada pada Adobe Premiere Pro sama seperti Sony Vegas. Cuma mungkin ada beberapa aplikasi yang berbeza. Anda boleh lihat di you tube aplikasi yang boleh dilakukan oleh Adobe Premiere Pro. Anda boleh menggunakan free trail selama 30 hari. Untuk download sila klik disini. (Sebenarnya ada cara lain untuk mendapatkan software in secara percuma dan tiada limit masa penggunaan. Tetapi, saya tidak galakkan anda. Jika tujuan anda untuk belajar dan bukan untuk commercial, silakan. Jika anda berkemampuan untuk membelinya lagi bagus)

Adobe After Effect
Adobe After Effect sebenarnya bukanlah mengkhusus untuk video & audio editing. Tetapi untuk melakukan special effetc seperti light saber (pedang star wars) dan lain-lain effect yang seumpamanya. Sangat advance & canggih. Pun begitu, ia juga boleh digunakan untuk mengedit video, gambar dan audio dengan baik. Seperti biasa keistimewaannya ia boleh di integrasikan dengan Adobe Photoshop dan Adobe Premiere Pro. Saya masih belum meng-explore software in lebih lanjut. Versi yang ada pada saya ialah CS4 9.0.3. Versi terbaru adalah CS5.5 yang baru dilancar kan June 2011 lalu. Apa yang yang boleh saya katakan layout nya tidak jauh berbeza dengan Adobe Premiere Pro. Untuk download software ini, klik disini. (Sebenarnya ada cara lain untuk mendapatkan software in secara percuma dan tiada limit masa penggunaan. Tetapi, saya tidak galakkan anda. Jika tujuan anda untuk belajar dan bukan untuk commercial, silakan. Jika anda berkemampuan untuk membelinya lagi bagus).
Berikut adalah contoh aplikasi menarik yang boleh dilakukan menggunakan software ini:

3-D Hologram




Rasengan (Naruto)

Kamehameha (Dragon Ball)

Lain-lain Software
Selain daripada softwarev di atas, ada bebarpa lagi video editing software yang biasa digunakan. Antaranya Final Cut (Pro, Express), iMovie (Hanya compatible untuk OS Mac & biasanya produk Apple), dan juga banyak lagi yang terdapat di pasaran. Anda boleh mencubanya jika berkesempatan. Saya tidak familiar sangat dengan Mac OS dan produk keluaran Apple. 

Saya harap, anda dapat gunakan sebaik mungkin dan untuk tujuan yang bermanfaat. Selamat mencuba!

MSMA
25 Julai 2011


Friday 22 July 2011

Fiqh Al-Awlawiyyat: Keutamaan Ilmu ke atas Amal

Antara punca kelemahan umat Islam masa kini adalah kerana kegagalan kita dalam memahami dan meletakkan keutamaan (priority) pada perkara-perkara yang patut diutamakan. Hal ini disentuh dengan panjang lebar oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk Fiqh Al-Awlawiyyat. Salah satu sub-topik yang beliau bahaskan di dalam buku tersebut ialah keutamaan Ilmu ke atas Amal. 

Terdapat banyak dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang menunjukkan keutamaan Ilmu sebelum amal. Ayat pertama yang diturunkan pada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu “Iqra” jelas menunjukkan hal ini. Maka tidak hairanlah para ulama’ memulakan kitab-kitab mereka dengan bab “Kitab al-Ilmi”. Imam Bukhari umpamanya, di dalam kitab sahihnya, meletakkan satu bab berjudul “Bab: Ilmu sebelum perkataan dan perbuatan”. Begitu juga dengan Imam Al-Ghazali di dalam karya beliau: Ihya Ulum al-Din dan Minhaj al-Abidin juga al-Hafiz al-Mundhiri dalam kitabnya: al-Targhib wa al-Tarhib.

Al-Qaradawi menulis: “Mengapa ilmu mesti diutamakan daripada amal? Kerana ilmulah yang dapat membezakan antara yang haq dan bathil dalam perkara ibadah, antara yang benar dan salah dalam pendapat dan perkataan, antara yang sunnah dan bid’ah dalam hal ibadah, antara yang sah dan haram dalam pemakanan dan perbuatan, antara yang mulia dan hina dalam perkara akhlak, antara yang diterima dan ditolak dalam masalah perbuatan dan pekerjaan dan perkara yang seumpamanya”

Amal tanpa Ilmu VS Ilmu tanpa  amal

“Sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lebih banyak menyebabkan kerosakkan berbanding kebaikan”

Kata-kata Khalifah Umar Ibn Aziz r.a. itu ternyata ada kebenarannya. Jika kita renung sejenak, perbuatan yang dilakukan tanpa ilmu dalam sesuatu perkara sememangnya lebih banyak mendatangkan kerosakkan daripada kebaikan. Bahkan dalam sesetengah kes, mungkin boleh membawa mudharat yang lebih besar.  Seperti kata pepatah Melayu, Umpama tikus membaiki labu.

Pun begitu, ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak beramal lataran masih belum cukup ilmu. Tidak sama sekali! Tiada manusia di dunia ini yang sempurna ilmunya. Ilmu dan amal harus berjalan seiringan, walaupun dari segi turutan, ilmu itu harus dicari dahulu sebelum beramal dengannya. Ilmu memandu kita supaya melakukan sesuatu perkara dengan betul dan tidak tergelincir, sedangkan amal merupakan tuntutan ke atas ilmu yang dimiliki.

Taqlid buta

“Apa salahnya buat amal macam ni, kan baik. Takkan salah kot?”

Itu antara jawapan yang sering diberikan untuk menjustfikasikan sesuatu amal perbuatan yang dilakukan. Apabila kita bertanya kembali atas alasan atau sandaran apa perkara itu dilakukan, yang empunya badan menjawab dia hanya mengikut orang. Disebabkan orang ramai melakukannya, maka dia pun tumpang sekaki. Atau jawapan yang biasa diberikan ialah dia mengikut Sheikh itu, Ustaz ini, Kiyai sana, Wali sini dan sebagainya. 

Persoalannya disini, adakah ianya salah? Pada saya, ianya bergantung kepada situasi dan keadaan. Ya, kita dibenarkan bertaqalid kepada mana-mana sahaja Imam atau Sheikh yang terpecaya jika kita tidak berkemampuan dalam memilih dan menganalisis dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini mungkin valid untuk golongan tua, orang yang kurang kemampuan, orang yang lemah akal, buta huruf, kanak-kanak dan yang seumpamanya. Tetapi, bagi kita yang masih muda serta sempurna akal fikiran, janganlah dicari alasan untuk tetap berada di tahap yang sama.

Alangkah baik jika kita mengusahakan sedikit inisiatif untuk menambah ilmu pengetahuan sekadar yang termampu. Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang yang berada dihujung jari, ditambah pula dengan lambakkan buku-buku agama, maka tiada lagi alasan untuk itu. Kita dikurniakan akal untuk berfikir, bukan untuk ditumpulkan. Betapa banyak ayat-ayat Al-Quran yang menggesa kita menggunakan akal untuk kita berfikir, merenung, mentadabbur, dan sebagainya. 

Tabi’at mengikut sesuatu secara membuta tuli sebenarnya bukanlah dari ajaran Islam. Malah Allah mencela tabia’t sebegini di dalam banyak tempat di dalam Al-Quran. Sifat sebegini sebenarnya tabia’t Ahli Kitab (Yahudi, Nasrani) dan ummat-ummat Nabi terdahulu. 

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"
(Al-Baqarah [2]: 170)

“Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya." Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?”
(Al-Maidah [5]: 104)

Teguran untuk Mufti, Qadi & Hakim

Tanggungjawab yang dipikul mufti bukanlah mudah. Persiapan ilmu yang luas sewajarnya harus diberi penekanan. Kita tidak mahu mufti-mufti yang memberi fatwa tanpa dasar ilmu yang jelas dan meyakinkan. Kita juga tidak mahu timbul fatwa-fatwa ganjil, merapu dan menyusahkan. Maka, amat wajar jika jawatan-jawatan seperti mufti, qadi & hakim diberi kepada mereka yang layak. Syor kelayakkan paling minima untuk jawatan tersebut sekurang-kurangnya PhD. Bukanlah mahu mengetepikan serta memadang rendah kemampuan mereka yang tiada kelulusan PhD sebaliknya ia adalah sebagai satu bench mark  supaya mendapat kepercayaan masyarakat.



Kita bimbang jika orang yang tidak competence dilantik, maka mereka akan mengharamkan yang halal, menghalalkan yang haram, menggugurkan perintah yang wajib atau mewajibkan perkara yang tidak diperintah Allah, menyetujui perkara bidaah ataupun mengingkari perkara yang disyariatkan, mengkafirkan orang yang beriman ataupn setuju dengan kekufuran orang yang jelas-jelas kafir.

Al-Qaradawi menambah: “Perkara-perkara tersebut boleh berlaku, apabila seorang yang menjawat jawatan Mufti tidak memiliki keimanan yang kuat dan persiapan keilmuan serta kepakaran yang cukup, apatah lagi jika dia ternasuk orang yang sembarangan dan asal jadi sahaja dalam mengeluarkan fatwa-fatwanya kerana adanya kepentingan-kepentingan peribadi ataupun pihak-pihak tertentu, seperti yang kita dapat saksikan pada masakini”

Apa yang disebutkan oleh Al-Qaradawi itu ternyata ada asasnya. Maka tidak hairanlah kita dapat dengar istilah-istilah seperti Mufti Ufti, Ustaz Sampul, dan sebaginya. Masing-masing berfatwa mengikut kepentingan tertentu. Selain itu, beliau ada juga menegur pihak-pihak yang terlalu mudah berfatwa tanpa memiliki kefahaman yang jelas dan ilmu yang mencukupi tentang sesuatu perkara. Pantang ada isu, semua mahu difatwanya. 

Fenomena ini jelas kita dapat lihat sekarang. Kemunculan Ustaz Mee Segera atau Ustaz Bidan Terjun, Ustaz Tangkap Muat, Protaz dan lain-lain lagi seharusnya diberikan perhatian. Jika dilihat dari satu sudut, kebanjiran mereka ini merupakan petanda positif yang menunjukkan bahawa semakin ramai gologan yang bukan background agama berminat mendalami hal-hal agama. Cumanya, jagan terlalu cepat melatah untuk mengeluarkan hukum dan berfatwa. Berkenaan hal ini, Al-Qaradawi dengan tegas menyebut:

 (Sekadar Hiasan)

“Hari ini, perkara-perkara agama sudah menjadi bagaikan padang rumput (yang) sesiapa sahaja boleh  masuk dan melepaskan ternakannya di sana, setiap orang berani bercakap dan menulis hal agama, meskipun baru mulai mengenalnya hanya satu dua hari sahaja. Walhal, Al-Quran, Sunnah RAsulullah S.A.W dan para ulama salaf dengan sangat keras telah memberikan peringatan kepada kaum Muslimin agar jangan gopoh dan sembarangan memasuki medan fatwa tersebut tanpa memiliki bekala ilmu yang cukup, kerana ianya sangat kritikal dan merbahaya”
 
Berkata Imam Ibn Sirin r.a: 

“Seseorang yang mati dalam keadaan jahil, masih lebih baik daripada orang yang berani mengeluarkan pendapatnya tanpa dasar ilmu pengetahuan”


Nasihat buat pendakwah 

Kewajipan meningkatkan tahap ilmu tidak hanya terhad kepada para Mufti dan Qadi sahaja, malah para pendakwah juga tidak terlepas dari kewajipan tersebut. Ini kerana merekalah yang sering berhubung dan berhadapan dengan masyarakat. Mereka tidak boleh merasa selesa dengan ilmu yang ada pada mereka. Peningkatan harus diusahakan supaya dakwah dapat disampaikan dengan lebih baik dan berkesan. 

Al-Qaradawi menyebut: “Seorang pendakwah hendaklah terlebih dahulu menjadi seorang yang rabbani iaitu orang yang mengerti, berilmu, beramal dan mengajarkannya kepada orang lain, seperti yang dijelaskan dalam firman Allah Ta’ala:

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya”
(Ali-Imran [3]: 79)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan rabbani sebagai para ulama yang bijak dan penuh hikmah. Pendapat lain mengatakan bahawa rabbani ialah orang yang setiasa mengajarkan manusia tentang ‘ilmu-ilmu kecil’ sebelum yang besar. Ilmu-ilmun yang kecil maksudnya ialah mengenai masalah-masalah yang biasa dan telah jelas hujah-hujahnya, sedangkan ilmu yang besar adalah mengenai perkara-perkara yang sukar dan pelik. Dengan lain perkataa, mengajarkan manusia perkara-perkara yang sederhana dan asasi terlebih dahulu sebelum mengajarkan yang lebih tinggi dan rumit.

Hal ini selaras dengan hadis dari Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

“Berilah kemudahan dan janganlah menyusahkan, berilah khabar gembira dan janganlah menyebabkan orang menjadi jauh..”

Amirul Mukminin Ali Ibn Abu Talib r.a juga telah berpesan kepada kita:

“Bercakaplah kepada orang perkara yang boleh mereka mengerti, dan tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak boleh mereka fahami. Adakah kamu ingin agar mereka memperbodohkan Allah dan Rasul-Nya?”
Maksud yang ingin disampaikan disini ialah perlunya proses bertahap dalam menyampaikan ilmu, sesuai dengan masyarakat.

Ilmu kotemporeri
Cabaran kotemporeri sememangnya menuntut kita untuk menguasai bidang-bidang yang bukan ‘core business’ kita. Peningkatan ilmu tidak semestinya berkisar terhadap ilmu-ilmu agama sahaja, bahkan boleh dikembangkan kepada cabang ilmu lain yang boleh membawa manfaat kepada dakwah seperti skill-skill computer, IT, video, bahasa dan lain-lain lagi. Bidang-bidang sampingan inilah yang boleh memberikan nafas baru kepada dakwah agar lebih berkesan, segar dan interaktif. Ketika mana dunia menghamparkan segala macam bentuk keseronokkan dan hiburan, maka dakwah juga boleh dipelbagaikan untuk menarik minat orang ramai. 

Tidak salah kita pelbagaikan kaedahnya asalkan mesejnya sampai. Zaman beredar maka kita juga seharusnya bergerak. Jika dahulu kita guna papan hitam dan kapur tulis, sekarang kita guna whiteboard dan marker pen, atau yang lebih canggih lagi guna slide show dan sebagainya. Jika dahulu bertalaqi kitab kuning (warna sensitive?), hari ini kita guna e-book, jika dahulu bersengkang mata mendengar sang Ustaz berceramah berjam-jam, hari ini kita buat group discussion, game dan sebagainya. Tidak salah kita mempelbagaikan teknik asalkan ahdaf (objektif) nya tercapai dan mesej dapat dihadam serta difahami dengan mudah. 

MSMA 
22 Julai 2011

Monday 18 July 2011

Ucapan Takziah

Futuwwah Training & Consultancy ingin mengucapkan TAKZIAH buat keluarga dan sahabat handai Dr. Lo’Lo’ Ghazali di atas pemergiannya bertemu Ilahi malam tadi. Moga Allah SWT tempatkan wanita solehah ini di tempat yang terpuji, bersama roh para solihin, syuhada’ dan orang-orang yang terpuji.

 

Monday 11 July 2011

The Climb


Setiap insan tidak akan terlepas dari ujian.
Kecil atau besar,
Sedikit atau banyak,
Ringan atau berat,
Ia pasti datang.
Itu suatu ketentuan.
Dan yang pasti,
kita hanya punya 2 pilihan.
Sama ada kita memilih untuk mengalah..
atau kita memilih untuk berdepan.

Jatuh dan bangun perkara lumrah dalam kehidupan makhluk bergelar insan
Halangan terbesar adakalanya bukan datang daripada luar,
tetapi dari diri kita sendiri…
Yang penting,
bukanlah sepantas mana kita tiba ke destinasi dituju, “ain’t about how fast you get there
dan bukan juga apa yang menanti di sana, “whats waiting on the other side
Tetapi, proses yang kita lalui…. “It’s the CLIMB



Life is the climb….

but the view is beautiful.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” 
(Surah al-Baqarah 155-157)


MSMA
-Rise & shine, keep fighting-

Wednesday 6 July 2011

To Kill A Mocking Bird

Kisah anak-anak muda yang bersikap “kurang ajar” dan derhaka  terhadap ibu bapa bukanlah asing pada hari ini. Kes-kes seperti membiarkan ibu bapa dan menghantar (baca: membuang) mereka ke rumah orang tua semakin kerap kita dengar. Itu belum lagi kes-kes ibu bapa dipukul anak malah ada yang sampai ke tahap membunuh! Nau’zubillah! Minta dijauhkan dari menjadi seperti itu.

Di mana silapnya?

Mungkin persoalan di atas terlintas di fikiiran kita. Ya, di mana silapnya? Saya tidak nafikan bahawa ada banyak faktor yang menyumbang ke arah ini. Tetapi, kita juga perlu beringat yang faktor itu mungkin juga berpunca dari diri kita sendiri (sebagai ibu-bapa)! Segalanya bermula dari awal. Jika di peringkat awal lagi sudah rosak, maka tidak mustahil penghujungnya rosak.
Kata pepatah:
البداية نصف الشيء
“Permulaan itu adalah separuh daripada sesuatu”

To Kill A Mocking bird
Teringat saya pada novel To Kill A Mocking Bird sebuah novel klasik karya Harper Lee. Novel  ini dinobatkan antara Masterpiece of American Literarure dan memenangi anugerah Pulitzer Prize pada tahun 1961. Ia juga diangkat ke layar perak dan merangkul  anugerah Academy Award.  Ia mengisahkan sebuah keluarga berkulit putih yang menetap di perkampungan yang majoritinya berkulit hitam. Dasar apartheid yang menebal ketika itu mendorong pemisahan antara dua kelompok ini.

Pun begitu, ini tidak menghalang keluarga  Atticus Finch yang merupakan seorang peguam merangkap duda, kematian isteri dan beranak dua untuk bercampur dengan masyarakat berkulit hitam.  Bahkan beliau sendiri mempunyai orang gaji berkulit hitam yang sangat rapat dan mesra dengan anak-anak beliau, dan sudah dianggap sebagai sebahagian dari keluarga mereka. Yang menariknya bagi saya, adalah bagaimana dia mengajar anak-anaknya untuk menghormati dan melayan semua orang dengan adil dan baik tidak kira bangsa, taraf dan warna kulit. 

Ini terbukti dengan watak dan perlakuan dua anaknya yang sudah menganggap orang gaji mereka seperti ibu mereka sendiri. Hubungan baik keluarga beliau dengan masyarakat berkulit hitam ternyata tidak desenangi dan dipandang serong  oleh keluarga kulit putih yang lain. Ini ditambah lagi dengan kesudian beliau membela satu kes yang melibatkan seorang lelaki berkulit hitam yang difitnah merogol seorang gadis berkulit putih. 

Kesudahannya? Anda boleh membacanya jika ada kesempatan.  Saya tidak ingin bercerita panjang disini. Apa-apa pun, point penting yang ingin saya highlight kan ialah ‘tarbiah’ dan tunjuk ajar yang baik pada anak-anak. Atticus Finch berjaya membentuk anak-anaknya di dalam persekitaran yang “menongkah arus” pada ketika itu.  Persekitaran yang dibina atas persepsi ramai. Dia berjaya menerapkan jati diri dan membentuk cara pandang, world view yang berbeza daripada masyarakat umum terhadap anak-anaknya. Tatkala masyarakat persekitaran memandang rendah serta hina terhadap bangsa kulit hitam, beliau malah menerapkan prisip keadilan, kemanusiaan, menghargai sesame manusia dan sebagainya. 

Seperti mana kita membentuk, maka seperti itulah hasilnya terjadi. Like father like son, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?. Justeru “tarbiah” di peringkat awal lagi cukup penting. Key words nya terletak pada nilai “tarbiah” yang beliau terapkan. Membentuk pendirian yang benar dan istiqamah dengan pendirian tersebut. Benarlah pesan Abu Tayyib al-Mutanabbi:

إذا كنت ذا رأي فكن ذا عزيمة…. فإنّ فساد الرأى ان تترددا
“Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi”

If-Rudyard Kipling
Antara puisi favourite yang saya pelajari di sekolah dahulu ialah If, karya Rudyard Kipling (penulis British yang terkenal dengan buku Jungel Book nya). Ketika saya amati bait-bait puisi tersebut, ternyata ianya amat indah. Berisi nasihat seorang ayah buat panduan anaknya dalam meniti liku kehidupan. Bagi mereka yang tidak pernah membaca puisi itu, saya coretkan di bawah:

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or, being lied about, don't deal in lies,
Or, being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise; 


If you can dream - and not make dreams your master;
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to broken,
And stoop and build 'em up with worn out tools; 


If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: "Hold on"; 


If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings - nor lose the common touch;
If neither foes nor loving friends can hurt you;
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run -
Yours is the Earth and everything that's in it,
And - which is more - you'll be a Man my son! 

















Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya
Lama sebelum itu, Al-Quran telahpun  merakamkan kisah teladan  yang cukup indah buat kita. Ya! Kisah Luqman al-Hakim yang memberikan nasihat buat anaknya. Ada baiknya saya nukilkan kembali kisah tersebut di sini:

·  Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

·  Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

·  Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

·  Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

·  (Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

·  Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).  

·  Dan janganlah memalingkan muka dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

·  Dan sederhanalah kamu dalam berjalandan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
(Surah Luqman [31]: 12-19)

Walaupun masih belum mempunyai “keluarga” sendiri, paling tidak kita mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang sepatutnya. Kisah-kisah teladan seperti di atas sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan. Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal dalam entry artikel terbaru belliau: 

“The proudest thing ever happen in my life, is to be your DAD!”
 
Jangan sampai anak-anak kita membesar dengan sumpah-seranah atau caci makian juga sepak terajang kita!

Mohd Shahman Md Azmi
5 Julai 2011