Untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Entry kali ini akan sedikit berbeza dengan entry-entry yang sebelumnya. Tetapi saya rasa tidak salah dan barangkali ia memberi manfaat buat anda di luar sana, jika tidak banyak, sedikit. Saya akan review beberapa video editing software yang boleh digunakan untuk menghasilkan montaj, video, film, intro dll yang menarik
Review saya ini bukanlah dari sudut pandang seorang expert. Ia hanyalah merupakan pengalaman/pandangan saya sendiri menggunakan software tersebut. Mungkin ada kesilapan dan perkara yang tidak jelas pada anda. Justeru, saya sarankan anda membuat sedikit bacaan untuk mendapatkan info lebih mendalam tentang software yang saya gunakan.
Windows Movie Maker (WMM)
Bagi mereka yang baru di peringkat beginner, saya sarankan anda mencuba dahulu perisian ini. Ianya cukup simple dan mudah. Tidak bayak buttons yang perlu di click. Jika anda biasa menggunakan Microsoft Powerpoint (PPT), saya rasa tiada masalah untuk anda memahami dan menggunakan WMM ini. Hanya perlu drag gambar atau video ke timeline. Walaupun ianya berbeza dengan PPT, beberapa aplikasi yang ada antara kedua-duanya sama. Contohnya seperti slide transition. Cumanya, perbezaan dasar di antara keduanya ialah PPT lebih kepada untuk slide/gambar presentation sedangkan bagi WMM ia lebih kepada video dan gambar.
Sila Klik disini untuk download Windows Movie Maker 2.6 percuma
Bagi mereka yang menggunakan OS (Operation System) Windows XP (Masih ada lagi ke yg guna?), hanya WMM 1.1, 2.0, 2.1, dan 2.5 sahaja yang boleh beroperasi ataupun compatible. Bagi mereka yang menggunkaan Windows Vista, boleh menggunakan WMM 2.6 dan 6.0. Versi yang selain itu, setahu saya tidak compatible dengan Vista. Manakala bagi mereka yang menggunakan Windows 7, hanya WMM 2.6 sahaja yang compatible dengannya. Walaubagaimanapun, tahun 2011, Windows telah meng-upgrade kan WMM kepada Windows Live Movie Maker (WLMM). Versi ini lebih menarik, kemas dan terdapat pertambahan aplikasi. Proses editing juga lebih flexible. Versi baru ini compatible dengan Vista & Windows 7.
Sila Klik disini untuk download Windows Live Movie Maker percuma
Antara kelebihan WMM adalah ianya mudah dan senang digunakan. Kelemahan software ini ialah ia hanya support video/audio dari jenis WMV/.ASF, .MPG (MPEG-1), .AVI (DV-AVI), .WMA, .WAV, dan .MP3 sahaja. Selain itu, aplikasi yang ada adalah terhad. Tidak banyak aplikasi menarik dan advance yang boleh digunkan untuk menghasilkan video yang lebih canggih. Ia juga tidak flexible kerana ianya merupakan linear (sehala) software.
Camtasia Studio
Setelah menggunakan software ini beberapa kali, saya kelompokkan Camtasia Studio untuk peringkat pengguna pertengahan, middle class user. Software ini lebih advance daripada Windows Movie Maker. Lebih banyak aplikasi menarik. Camtasia lebih kepada slide presentation tetapi dalam masa yang sama juga bagus untuk video editing. Versi terbaru yang dikeluarkan adalah Camtasia Studio 7.1 dan ianya compatible dengan Windows.
Walaubagaimanapun, perisian ini berbayar. Ianya tidak seperti WMM yang freeware ataupun percuma. Tetapi anda boleh cuba menggunakan versi free trial selama sebulan. Untuk download klick di sini: http://www.techsmith.com/camtasia/
Ulead Video Studio
Ulead merupakan antara video editing software yang bagus. Lebih banyak aplikasi menarik berbanding Camtasia. Walaubagaimanapun, hasil carian saya di internet baru-baru ini, Ulead telah me-rebranding namanya kepada Corel VideoStudio. Jadi tiada lagi versi baru Ulead Video Studio yang dikeluarkan. Versi terakhirnya ialah Ulead Video Studio 11. Pun begitu, setelah melakukan sedikit penelitian, saya dapati Corel VideoStudio juga menawarkan video editng softwaer jauh lebih upgrade daripada Ulead versi lama. Saya tidak dapat memberikan ulasan lebih tentang Corel Video Studio kerana saya masih belum menggunakannya lagi. Saya hanya pernah menggunakan Ulead versi lama. Selain menawarkan video editing softwaer, Corel juga manawarkan produk lain seperti photo editing, illustration & design, office & utilities. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Corel VideoStudio sila klik di sini:
http://www.corel.com/servlet/Satellite/us/en/Product/1175714228541#tabview=tab0. Sony Vegas Pro
Seperti yang kita sedia maklum, Sony bukan sahaja terkenal dengan hardware yang hebat malah tidak ketinggalan juga produk software nya. Salah satunya ialah Sony Vegas Pro. Sony vegas pro merupakan perisian yang advance dan remarkable!. Ini merupakan antara video editing software yang terhebat, jika boleh saya katakan. Ianya sesuai untuk pengguna yang separa mahir dan professional. Perisian ini compatible dengan windows. Disebabkan saiznya yang agak berat, ia lebih sesuai kepada PC. Jika ingin menggunkannya pada Laptop, maka ianya memerlukan spec yang tinggi.
Vegas Pro 10 system requirements
- Microsoft® Windows® XP 32-bit SP3, Windows Vista® 32-bit or 64-bit SP2, or Windows 7 32-bit or 64-bit
- 2 GHz processor (multicore or multiprocessor CPU recommended for HD or stereoscopic 3D)
- 400 MB hard-disk space for program installation
- 1 GB RAM (2 GB recommended)
- OHCI-compatible i.LINK® connector/IEEE-1394DV card (for DV and HDV capture and print-to-tape)
- USB 2.0 connection (for importing from AVCHD, XDCAM EX, NXCAM, or DVD camcorders)
- Windows-compatible sound card
- DVD-ROM drive (for installation from a DVD only)
- Supported CD-recordable drive (for CD burning only)
- Supported DVD-R/-RW/+R/+RW (for DVD burning only)
- Supported BD-R/-RE drive (for Blu-ray Disc™ burning only)
- Microsoft .NET Framework 3.0 (included on application disc)
- Apple® QuickTime® 7.1.6 or later
- Internet Connection (for Gracenote MusicID Service)
Sony Vegas Pro direka untuk meng-edit video mencapai tahap quality film. Pelbagai aplikasi dan special effect yang boleh dilakukan menggunakan software ini. Versi terbarunya adalah Sony Vegas Pro 10.0d. Kelebihan perisian ini ialah ia flexible dan non-linear. Anda boleh meng- edit, cut, insert pada mana-mana bahagian clip yang anda mahukan dengan mudah. Lihat beberapa contoh video di bawah untuk mengetahui aplikasi yang boleh dilakukan menggunakan software ini:
Untuk menghasilkan intro yang canggih
Untuk menghasilkan video yang ber-Standard quality film Hollowood (He he he)
Untuk hasilkan Special effect macam nie (Wow!)
Note: Sony Vegas bukan software yang effective untuk hasilkan special effect. Ianya lebih sesuai untuk video & audio editing. Hanya simple effect seperti diatas dan beberapa lagi yang boleh di lakukan. Software yang lebih advance untuk hasilkan special effect ialah Adobe Special Effect (Rujuk dibawah)
Macam-macam lagi seperti dalam video di atas
Image Stabilization
Dan banyak lagi aplikasi menarik dan advance yang boleh dilakukan menggunakan sony vegas pro. Walaubagaimanapun, perisian ini berbayar. Seperti biasa anda boleh menggunakan free trial selama 30 hari dengan mendownload nya di sini: http://www.sonycreativesoftware.com/vegassoftware. Saya menggunakan versi Pro 10.0a. (Sebenarnya ada cara lain untuk mendapatkan software in secara percuma dan tiada limit masa penggunaan. Tetapi, saya tidak galakkan anda. Jika tujuan anda untuk belajar dan bukan untuk commercial, silakan. Jika anda berkemampuan untuk membelinya lagi bagus)
Adobe Premiere Pro
Adobe Premiere Pro lebih kurang sama seperti Sony Vegas Pro. Ianya juga untuk perigkat pertengahan & professional users. Versi yang saya gunakan CS4 v4.2.1. Software ini juga non-liner. Dengan kata lain, ianya flexible untuk proses editing gambar, video & audio. Kelebihan Adobe Premiere Pro ialah ia boleh diintergrasikan dengan produk-produk keluaran Adobe yang lain seperti Adobe Photoshop. Produk Adobe memang ada kualiti dan standard yang tersendiri berbanding dengan produk keluaran lain. Versi terbaru adalah CS5.5. Ringkasnya, kebanykan aplikasi yang ada pada Adobe Premiere Pro sama seperti Sony Vegas. Cuma mungkin ada beberapa aplikasi yang berbeza. Anda boleh lihat di you tube aplikasi yang boleh dilakukan oleh Adobe Premiere Pro. Anda boleh menggunakan free trail selama 30 hari. Untuk download sila klik disini. (Sebenarnya ada cara lain untuk mendapatkan software in secara percuma dan tiada limit masa penggunaan. Tetapi, saya tidak galakkan anda. Jika tujuan anda untuk belajar dan bukan untuk commercial, silakan. Jika anda berkemampuan untuk membelinya lagi bagus)
Adobe After Effect
Adobe After Effect sebenarnya bukanlah mengkhusus untuk video & audio editing. Tetapi untuk melakukan special effetc seperti light saber (pedang star wars) dan lain-lain effect yang seumpamanya. Sangat advance & canggih. Pun begitu, ia juga boleh digunakan untuk mengedit video, gambar dan audio dengan baik. Seperti biasa keistimewaannya ia boleh di integrasikan dengan Adobe Photoshop dan Adobe Premiere Pro. Saya masih belum meng-explore software in lebih lanjut. Versi yang ada pada saya ialah CS4 9.0.3. Versi terbaru adalah CS5.5 yang baru dilancar kan June 2011 lalu. Apa yang yang boleh saya katakan layout nya tidak jauh berbeza dengan Adobe Premiere Pro. Untuk download software ini, klik disini. (Sebenarnya ada cara lain untuk mendapatkan software in secara percuma dan tiada limit masa penggunaan. Tetapi, saya tidak galakkan anda. Jika tujuan anda untuk belajar dan bukan untuk commercial, silakan. Jika anda berkemampuan untuk membelinya lagi bagus).
Berikut adalah contoh aplikasi menarik yang boleh dilakukan menggunakan software ini:
Berikut adalah contoh aplikasi menarik yang boleh dilakukan menggunakan software ini:
3-D Hologram
Rasengan (Naruto)
Kamehameha (Dragon Ball)
Lain-lain Software
Selain daripada softwarev di atas, ada bebarpa lagi video editing software yang biasa digunakan. Antaranya Final Cut (Pro, Express), iMovie (Hanya compatible untuk OS Mac & biasanya produk Apple), dan juga banyak lagi yang terdapat di pasaran. Anda boleh mencubanya jika berkesempatan. Saya tidak familiar sangat dengan Mac OS dan produk keluaran Apple.
Saya harap, anda dapat gunakan sebaik mungkin dan untuk tujuan yang bermanfaat. Selamat mencuba!
MSMA
25 Julai 2011
No comments:
Post a Comment