Monday 29 August 2011

'Eid Mubarak

Futuwwah Training & Consultancy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Fitri kepada pengunjung setia web http://futuwwah-training.blogspot.com dan seluruh muslimin dan muslimat.
Taqabalallahu Minna Wa Minkum...

Friday 26 August 2011

[T.H.A #1]: Siapakah Rijal Hadith pertama ini?

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Arti Hadits / ترجمة الحديث :

Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)

 

 

Mari kita lihat sanad hadith ini. Hadith ini diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab R.A. Gelaran yang digunakan untuk Umar di dalam hadith ini, adalah "Abu Hafs." Sungguhpun di dalam kitab "Al-Wafi" nukilan Dr. Mustafa al-Bugha, maksud "Abu Hafs" ialah "ayah singa", tetapi di dalam masyarakat Arab, mereka terbiasa menggelarkan nama mereka berdasarkan kunyah yakni "ayah kepada nama anak pertama" mereka. Oleh sebahagian fuqaha', mereka sampai mengatakan penggunaan kunyah ini bahkan sunnah, hatta kepada yang berlum punya anak, malah belum pun menikah lagi!

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari (VII/53) berkata; "ditulis dalam as-Siirah karya Ibnu Ishaq bahawa Nabi SAW member kunyah Abu Hafs kepada Umar. Hafsah adalah anak tertua Umar."

 

Sekarang, kenapa saya mahu tekankan tentang Umar sebagai anak seorang wanita bernama Hafsah? Kerana, persoalan yang seterusnya ialah, siapa pula Hafsah? Hafsah R.A adalah salah seorang isteri Nabi SAW. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ketika menyebut antara hikmah pernikahan Nabi SAW dengan Hafsah ini di dalam Fatwa Muashirohnya menyatakan, Rasul SAW ingin agar kedudukan Umar sama di sisi beliau, untuk menggambarkan betapa sayangnya Ar-Rasul kepada Umar. Menurut Syaikh Mahmud Al-Mishri di dalam kitabnya "Ashabu Ar-Rasul", Nabi SAW telah memujinya dalam beberapa kesempatan. Kesimpulannya: apakah wajar sebahagian kelompok menyebut Umar dengan gelar Laknatullah 'alaih, sedang pujian Nabi SAW terlalu melambung untuk dirinya? Apakah mungkin Umar di laknat oleh Allah, sedangkan beliau merupakan bapa mertua Nabi SAW? Maka bagaimanakah kedudukan golongan yang melaknat Umar ini, adakah perbezaan pendapat antara mereka dengan kita kecil, hingga wajar kita berlapang dada? Moga Allah membuka mata masyarakat melayu semua untuk melihat kejahatan golongan yang melaknat Umat dan sahabat Nabi SAW yang lain ini, lalu sedar siapakah musuh kita yang sebenar.

 

Kedua, siapakah Umar? Nama penuhnya adalah Umar Bin Al-Khattab Bin Naufal Bin Abdul Uzza bin Riyah Bin Abdullah Bin Qurth Bin Razah Bin Adiy Bin Ka'ab Bin Lu'ay Bin Ghalib Al-Qurasyiy Al-Adawiy. Nah, perhatikan nasab si Umar. Atuknya bernama "Abdul Uzza" yang bermaksud "Hamba kepada berhala Uzza". Di dalam hadith, memang Nabi SAW ada menukar nama mana-mana sahabat yang maksudnya tidak elok. Tetapi jika yang tak eloknya nama ayah atau tok atau tok wan mereka, tidak pula ditukar oleh Nabi SAW. Buktinya, lihatlah sahaja nasab Umar R.A di atas. Pelajaran: apakah perlu nama setiap mualaf dibinkan dengan Abdullah? Jika penukaran nama sang mualaf itu sendiri demi menjadi doa untuknya tiap kali orang memanggilnya, maka kita bersetuju dengan penukaran tersebut. Tetapi dengan menukar nama ayahnya kepada Abdullah, dari segi defensive, apakah berbin Abdullah ataupun berbin nama ayahnya yang sebenar, membawa kesan kepada sang mualaf tersebut? Dari segi offensive pula, apakah bila keluarga sang mualaf mendapat tahu sang anaknya memeluk Islam, kemudian berbinkan pula dengan Abdullah, apakah mereka akan makin Nampak keindahan Islam, atau Nampak serong terhadap islam lantaran tatkala peluk saja Islam, sang ayah tidak lagi menjadi ayah kepada sang mualaf, buktinya, bin pun sekarang Abdullah?

 

Maka dari sudut sanad hadith ini, kita sudah dapat lihat relevannya hadith ini, dengan sekurang-kurangnya 2 isu semasa:-

 

1)      Sikap kita terhadap golongan yang melaknat Umar R.A dan sahabat-sahabat Nabi SAW yang lain. Siapakh golongan itu? Apakah mereka seumpama mazhab fiqih yang empat semata-mata?

2)      Isu orang non-Muslim yang peluk Islam, harus dibinkan dengan Abdullah

 

Wallahu a'lam.

 

Bersambung….

 

 

[Tadabbur Hadith Arbain (T.H.A)]: Hadith Pertama (bahagian 1)

Semua kita sedia maklum, betapa antara punca kemunduran dan kebobrokan masyarakat Muslim dewasa ini, adalah kerana mereka telah jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Dan jika didetailkan lagi kenyataan di atas, yang dimaksudkan jauh daripada ajaran Islam, ialah jauh daripada sumber rujukannya, yang telah dijamin keselamatan buat mereka-mereka yang berpegang teguh dengan keduanya, itulah Kitabullah (yakni Al-Quran) dan juga sunnah Rasul-Nya (yakni Al-Hadith).

 

Di tanahair kita Malaysia, untuk belajar tentang ilmu tafsir Al-Quran, banyak sumber yang boleh kita datangi untuk mempelajarinya. Selain lambakan tok guru-tok guru yang memang arif dalam ilmu tafsir, kitab-kitab tafsir pun mudah didapati di kedai-kedai buku. Sayangnya, untuk hadith, kita sebetulnya kekurangan pakar yang mampu mengajarkan kita tentang hadith. Baik dari segi ketulenan dan kesahihan sesebuah hadith, mahu pun intipati dan mesej sebenar yang terkandung di sebalik sesebuah hadith. Kitab syarah hadith pun, masih kurang di pasaran tempatan.

 

Walau bagaimana pun, tidak ada salahnya untuk kita memulakan langkah awal untuk mempelajari ilmu hadith ini. Dan di antara kitab basic tentang hadith, dan mudah di dapati di pasaran, adalah kitab "Hadith Arbain (Hadith 40)" nukilan Imam Nawawi Rahimullah. Imam Nawawi, di dalam mukaddimahnya menyebut, 42 hadith yang ia pilih untuk dimuatkan di dalam kitabnya itu, adalah hadith-hadith penting dan mencakup seluruh aspek agama secara menyeluruh. Terkandung di dalamnya kaedah agama yang penting dan disifatkan sebagai paksi putaran Islam oleh para ulama'. Oleh yang demikian, mari kita tadabbur hadith-hadith di dalam Hadith Arbain ini bersama-sama, dalam aspek semasa, agar tampak betapa relevan dan hidupnya hadith Nabi SAW di dalam kehidupan kita, dan betapa ianya tidak lapuk di telan zaman.

 

Hadith yang pertama yang diletakkan oleh Imam Nawawi, adalah hadith berikut:-

 

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Arti Hadits / ترجمة الحديث :

Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)

 

 

Perhatikan hadith ini. Menurut Ustaz Adlan Bin Abd Aziz di dalam bukunya "20 Persoalan Asas Tentang Hadis", hadith mempunyai dua bahagian, iaitu SANAD dan MATAN. Sanad ialah salasiah periwayat-periwayat bagi sesebuah hadith, bermula daripada penulis atau pengumpul hadith, sehinggalah kepada matannya iaitu perkataan, perbuatan atau pengakuan Nabi SAW.. Dalam hadith di atas, sanad adalah yang berwarna MERAH. Matan pula adalah kandungan atau teks hadith, yang mana di dalam hadith di atas, yang berwarna BIRU. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di dalam bukunya "Selangkah ke Arah Memahami Al-Sunnah", untuk menilai sanad sesebuah hadith, ilmu-ilmu yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

           i.            Sejarah para periwayat (tarikh al-ruwah)

         ii.            Ilmu Al-Jarh wa al-Ta'dil, yakni sifat perawi hadith yang menyebabkan hadith yang diriwayatkannya diterima atau ditolak

 

Manakala untuk memahami matan sesebuah hadith, ilmu-ilmu berikut diperlukan:

 

         i.            Ilmu Gharib al-Hadith, yakni perkataan-perkataan yang terkandung di dalam matan hadith yang tidak jelas atau sukar difahami

       ii.            Ilmu Sabab Wurud al-Hadith, iaitu apa yang membawa kepada kewujudan hadith pada hari-hari kemunculannya

      iii.            Ilmu Nasikh dan Mansukh hadith

     iv.            Ilmu Mukhtalaf dan Musykil hadith, yakni ilmu untuk memahami hadith yang kelihatan bercanggah dengan hadith lain, atau yang kelihatan bercanggah dengan fakta Al-Quran atau fakta sains dan sebagainya

 

Maka tadabbur kita ini, akan sedaya upaya melihat hadith ini daripada aspek-aspek yang disebutkan tadi. Juga, point-point yang tidak disebutkan di dalam kitab-kitab syarah Hadith Arbain, insyaAllah.

 

Bersambung….

 

Saturday 6 August 2011

The Others

The Others merupakan sebuah filem psychological horror lakonan pelakon jelita Nicole Kidman. Filem terbitan tahun 2001 ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal, Grace Stewart (lakonan Nicole Kidman) yang tinggal di sebuah rumah kampung bersama-sama 2 orang anaknya. Kedua anaknya, Anne dan Nicholas mengidap sebuah penyakit ganjil iaitu photosensitivity yang menyebabkan mereka tidak boleh terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Untuk itu, semua tingkap dan pintu rumah itu sentiasa di dalam keadaan tertutup, demi memastikan keselamatan anak-anaknya itu.

 

Malangnya, kehadiran 3 orang pembantu rumah ke dalam kehidupan 3 beranak ini, turut mengundang masalah baru ke dalam kehidupan mereka, apabila sang anak, Anne menyedari betapa mereka tidak bersendirian di dalam rumah itu. Biar pun tidak mempercayai pada mulanya, akhirnya Grace terpaksa akur betapa rumah itu turut didiami hantu yang mula “menyibuk” di dalam kehidupan seharian mereka. Ironinya, setelah menyedari betapa 3 orang pembantu rumahnya itu sebenarnya sudah lama meninggal dunia, twist cerita ini akhirnya terbongkar di mana justeru Grace dan 2 orang anaknya itulah yang hantu, sedang “hantu” yang mereka sangkakan itu, the Others di dalam rumah itu, sebenarnya adalah manusia-manusia hidup, yang masih berada di alam nyata, sedang mereka sendiri berada di alam mereka.

 

Sebetulnya, the Others yang ingin saya bicarakan di sini, tidak ada kena-mengena dengan jalan cerita filem the Others yang dinyatakan di atas. Cuma, tajuknya sahaja kebetulan sama.

 

Apakah yang menyebabkan seorang isteri, yang baru kehilangan suami yang amat dicintainya, tetap tegar melayari kehidupan tanpa kehadiran “buah hatinya” di sisi? Jika tidak memikirkan tantang anak-anak, berapa ramai di kalangan ibu tunggal yang berterusan kecewa, hingga tahap menjadi gila, atau membunuh diri, lalu meninggalkan anak-anak yang masih kecil terkapai-kapai tanpa belai kasih insan bergelar ibu dan bapa?

 

Atau, apakah yang menyebabkan seorang Imam Ahmad Bin Hambal tegar menerima seksaan dan penganiyaan, demi mempertahankan hujah betapa Al-Quran itu bukan makhluk, biar pun –nasihat para ulamak lain di zamannya- keadaan sebegitu memberikannya rukhsah dan kemaafan jika mengiyakan sahaja kata Sang Khalifah? Mungkin pengasas mazhab Hambali ini akan terlepas daripada seksaan, tetapi bayangkan sahaja umat yang ternanti-nanti jawapan terhadap isu Al-Quran itu mahkluk daripada imam mereka yang mulia, siapakah yang sanggup menanggung dosa tersesatnya mereka dek fatwa yang maha songsang itu?

 

Kerana itu, wajar Sayyid Qutub mengungkapkan tentang hakikat kehidupan yang sebenarnya. “Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri…” kata Sayyid Qutub, “..akan hidup sebagai insan yang kerdil dan matinya juga sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup untuk orang lain (the Others) akan hidup sebagai manusia besar dan mati pun sebagai manusia besar!”

 

Apakah yang diungkapkan oleh Nabi kita SAW saat sakratul maut datang menjemputnya? “Ummati! Ummati” “Umatku! Umatku!” dek kerana hidupnya ar-Rasul sentiasa memikirkan tentang The Others, tidak sekadar dirinya sendiri.

 

Apakah yang difikirkan oleh Nabi Ya’kub A.S saat gering di perbaringan? “Anak-anakku, apakah yang akan kamu sembah sepeninggalanku.” Betapa kerisauan Nabi Allah Ya’kub akan aqidah zuriat keturunannya, akan pewarisan legacy dakwahnya, akan hala tuju The Others sepeninggalannya, paling mendominasi minda dan jiwanya biar di saat nyawa sudah menghampiri tenggorokannya. "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya." jawab mereka (anak-anak Nabi Ya’kub) mantap. (rujuk surah 2:133)

 

Belajarlah untuk memikirkan tentang the Others, nescaya dikau kan melihat masalahmu kecil, keluhmu kerdil, dan nasibmu masih sangat baik berbanding the Others di luar sana.

 

Air mata sang daie pun menjadi mahal, lantaran ia tak kan semudah dan semurah itu ditumbangkan di hadapan orang, lantaran umat di belakangnya menuntut ketegaran yang berpanjangan daripada sang daie.

 

Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini” (DrMAZA.com)

 

Biar pun tak se”cun” Nicole Kidman, sentiasalah hidup untuk “mereka”, the Others.

 

 

-penulis, Ir. Faridul Farhan merasakan sifat keluh-kesah dapat dihilangkan dengan mula memikirkan tentang beruntungnya kita berbanding orang lain-