Pak Imam A : “Syukur, Islam dah bangkit di tanah Arab!”
Politikus B : “Itu cuma kebangkitan rakyat. Lihatlah kuasa rakyat!”
Sejarawan C : “Itu fenomena biasa bagi pemerintah yang zalim. Sejarah mungkin berulang~ (menyanyi)”
Aktivis D : “2000 orang terbunuh”

Pelbagai reaksi masyarakat yang dapat kita lihat daripada peristiwa pemberontakan beramai-ramai di negara-negara Arab. Ada yang optimis bahawa ia suatu peristiwa yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Islam. Tidak kurang yang pesimis mengatakan ia tidak memberi sebarang makna kepada dunia Islam dengan alasan, sesiapa pun pasti memberontak jika pemerintahnya zalim begitu. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa soalan yang terlintas di fikiran. (Disertakan juga ulasan kepada soalan tersebut)
Bagaimana mereka boleh bersatu?
Walaupun sudah berpuluh-puluh tahun pemerintah ini berlaku zalim, kenapa baru kini rakyat bersatu? Saya merasakan pasti ada satu gerakan underground yang gencar. Gerakan tersebut mampu mencetus semangat yang luar biasa hebat, sehingga mampu menyatupadukan seluruh rakyat Tunisia, Mesir, Bahrain, Libya dan sebagainya di negara masing-masing. Terbaru, Muammar Gadaffi menyalahkan al-Qaeda sebagai dalang di sebalik pemberontakan di negaranya. Syabas kepada pencetus gerakan ini yang berjaya menyeru jutaan manusia sehingga mampu bergerak sebagai sebuah pasukan yang patuh, taat dan berdisiplin (kecuali satu kes terpencil di mana seorang wartawan asing diserang secara seksual di tengah-tengah lautan manusia itu).

Bahrain bakal dikuasai syiah?
Perasan atau tidak, media mengatakan bahawa penunjuk perasaan di Bahrain adalah terdiri dari kalangan penganut agama Syiah. Manakala pemerintah diraja Al Khalifa adalah golongan Sunni. Allahu Akbar! Ini adalah fitnah yang besar buat kita golongan Sunni. Menakutkan jika “Revolusi Iran” terjadi di Bahrain. Umat Islam ditindas, diseksa dan dibunuh oleh puak Syiah yang mengaku muslim.

Kiamat hampir tiba?
Perang Dunia Ke-3, Planet Nibiru, dan Pemanasan Global. Semuanya adalah jangkaan-jangkaan bahawa kiamat akan terjadi pada 2012. Kita pula meyakini bahawa Islam pasti menang sebelum datangnya kiamat. Gempa bumi, ribut taufan, banjir dan gunung berapi. Bumi bagaikan memberi isyarat. Ditambah dengan maksiat yang banyak berlaku, seolah-olah ini semua petanda kiamat sudah dekat. Adakah kita bakal menyaksikannya sendiri?
(Sebagai umat Islam, haram mempercayai tahun 2012 bakal terjadi kiamat.)

Kesimpulan
Nabi mengajarkan wasatiah. Pertengahan itu yang terbaik. Dalam pesimis menilai pemberontakan di tanah Arab ini sebagai suatu semangat nasionalisme atau sosialisme, janganlah sampai tidak menghargai pengorbanan mereka. Lalu tiada ibrah yang diambil. Dalam optimis mengatakan Khalifah Islam akan tertegak kerana kebangkitan rakyat ini, janganlah sampai tidak realistik. Banyak lagi ruang kosong yang perlu diisi selepas kejatuhan empayar yang besar. Mungkin juga, kejatuhan empayar tersebut lebih memburukkan keadaan. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat para Muslim di sana dan di seluruh dunia. Moga kebangkitan rakyat ini menyedarkan yang terlena, baik dari kalangan muslim, ataupun kafir laknatullah.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]
MashaAllah…inilah perancangan Allah.
Hasil Nukilan,
HANAFI AB KADIR,
Consultant,
Futuwwah Training & Consultancy
No comments:
Post a Comment