Pengerusi Forum: Ustaz Abu, ketika Nabi SAW menceritakan perjalanan Israk Mikrajnya kepada kaum Quraisy, kebanyakan daripada mereka tidak mempercayai cerita Nabi SAW ini. Ini kerana, menurut mereka, perjalanan sebegitu (mekah ke Baitul Maqdis, kemudian ke langit, secara “return flight”) menurut mereka adalah tidak logic. Namun anda sebagai seorang engineer, tentu tahu bahawa perjalanan sebegitu, dengan bantuan teknologi terkini, masih ada possibilitynya. Kebetulan, tamadun besar di zaman itu bukanlah bangsa Quraisy, sebaliknya Rom & Parsi. Merekalah yang menguasai tamadun ketika itu. Bahkan ada banyak hal-hal ajaib yang hingga kini manusia tidak dapat jelaskan, misalnya pembinaan Piramid di Mesir, atau Stonage di U.K, dan sebagainya. Menunjukkan kemajuan teknologi orang dahulu tidak sepatutnya diperlekehkan.
Jadi soalan saya, apakah isu penolakan bangsa Quraisy terhadap cerita Israk Nabi SAW ini disebabkan kemunduran teknologi mereka, di mana kalaulah kisah Israk Mikraj ni diceritakan kepada bangsa Rom atau Pasi dan sebagainya, atau pun kita ada time machine di mana saudara sebagai engineer boleh kembali ke masa itu, saudara tidak akan terus menolak kisah Israk Mikraj ini, lantaran masih ada kemungkinan perjalanan sebegitu ajaib masih boleh berlaku dengan bantuan teknologi terkini. Jadi apa pendapat saudara?
Lebih lanjut (dan lain-lain soalan “mencabar minda”), hadirlah beramai-ramai ke Ma’had Tahfiz As-Saidiyyah (MTAS), Taman Rashidah Utama, Senawang malam esok (Rabu, 29 Jun 2011) untuk mengikuti Forum Israk Mikraj yang akan menghadirkan wakil-wakil daripada Futuwwah Training & Consultancy....insyaAllah!
No comments:
Post a Comment