Objektif:
1. Menyedarkan pelajar tentang keluasan definisi pemimpin.
2. Melahirkan pemimpin pelajar yang berkaliber dan dapat membimbing rakan-rakannya yang lain.
3. Menumbuhkan semangat kerjasama dan setia-kawan di kalangan pemimpin pelajar dan pelajar-pelajar yang lain.
4. Menjalinkan hubungan ukhwah dan bertukar-tukar pengalaman di antara pemimpin pelajar MRSM Kuala Klawang dengan para professional, serta mahasiswa IPT dalam dan luar negara.
2. Melahirkan pemimpin pelajar yang berkaliber dan dapat membimbing rakan-rakannya yang lain.
3. Menumbuhkan semangat kerjasama dan setia-kawan di kalangan pemimpin pelajar dan pelajar-pelajar yang lain.
4. Menjalinkan hubungan ukhwah dan bertukar-tukar pengalaman di antara pemimpin pelajar MRSM Kuala Klawang dengan para professional, serta mahasiswa IPT dalam dan luar negara.
Tarikh: 11hb sehingga 13hb Februari 2011.
Seramai 42 orang pelajar (lelaki dan perempuan) telah menyertai program kepimpinan pelajar dengan disertai oleh 8 orang fasi lelaki dan 5 orang fasi perempuan. Program bermula secara rasmi selepas solat Isyak Pusat Sumber MRSM Kuala Klawang setelah dirasmikan oleh Guru Hal Ehwal Pelajar. Kemudian, dijalankan aktiviti suai kenal di antara fasi dan peserta.
Pada hari kedua, slot ceramah disampaikan oleh Pengarah Urusan Futuwwah, Ir. Faridul Farhan bertajuk “Siapakah Pemimpin” bermula pada jam 9.00 am dan berakhir sekitar jam 10.30am. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan LDK 1 iaitu “Kerosakan Ummah; Jalan Penyelesaiannay”. Peserta didedahkan dengan masalah-masalah yang berlaku pada masa kini dan jalan penyelesaian yang sepatutnya diambil untuk menangani masalah-masalah tersebut. Aktiviti seterusnya bermula pada jam 2.00 pm, iaitu National Treasure , dimana bahan “Kategori Pelaksanaan Program” disampaikan dalam bentuk ala-ala explorace untuk mengelakkan peserta berasa mengantuk dan menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan peserta. Pada sebelah malam pula, LDK 3 dan 4 berjalan bermula dari jam 9.00-10.30pm untuk LDK 3 dan 10.30-11.30pm untuk LDK 4. Dalam LDK 3, peserta diberikan pendedahan mengenai pengurusan sesebuah pasukan bermula daripada aturcara sehinggalah kepada akhir sesuatu urusan. Dari ini, diharapkan agar peserta boleh mula mengatur strategi untuk menguruskan oraganisasi secara terancang. Untuk LDK 4, para pelajar diberikan ruang dan kesempatan untuk merancang aktiviti tahunan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Antara tujuan dan objektif utama perancangan aktiviti tahunan ini adalah agar peserta mula bergerak dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk menarik minat para pelajar lain untuk ikut serta dalam aktivit BADAR, agar kesinambungan BADAR berterusan dengan pelapis-pelapis yang tidak putus-putus.
Pada hari terakhir, slot Ceramah 2 dimulakan pada jam 9.00-10.30am. Ceramah yang bertajuk "Kepentingan Tarbiyah Kepada Pemimpin" telah disampaikan oleh Pengurus Besar Futuwwah, Ustaz Abu Hanifah bin Mohd Kamal. Antara isi penting dalam ceramah tersebut adalah kepentingan tarbiyah walau di mana sekalipun kita berada dan seberapa tinggi sekalipun kedudukan kita. Untuk aktiviti yang terakhir, para peserta diminta untuk membentangkan perancangan-perancangan yang telah dibincangkan semalam dimana para fasilitator akan bertindak sebagai penilai untuk memberikan sedikit komen. Aktiviti yang bermula pada jam 10.30am tamat sejam kemudian. Setelah selesai pembentangan oleh para peserta, berlangsung pula upacara penutup yang disempurnakan oleh Ustaz Kamal, mewakili pihak pengetua.
Setelah 3 hari 2 malam program berlansung dan meneliti komen-komen yang diberikan oleh para peserta, dapat disimpulkan disini bahawa, kebanyakkan peserta mula dapat memahami isi kandungan yang disampaikan oleh para penceramah dah fasilitator. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ketika pembentangan, para peserta amat kreatif dan kritis dalam usaha untuk menarik pelajar-pelajar lain untuk mengikuti program-program yang akan dianjurkan oleh BADAR. Namun, pemantaun secara berterusan amat perlu bagi memastikan kesinamnbungan tarbiah tetap berjalan walaupun setelah mereka meninggalkan bangku sekolah. Untuk itu, pertemuan secara mingguan akan dijalankan agar proses pemindahan ilmu dapat dilakukakan dengan saksama.
Disediakan Oleh,
MOHAMAD FITRI MUSTAFA
Ketua Fasilitator,
Program Kepimpinan MRSM Kuala Klawang
No comments:
Post a Comment